Followers

Thursday, 5 May 2011

Saat terbuka mata,tiada lain yang mampu aku lakukan.Hanya tangisan yang mengiringi rutin harianku.Doaku pada Yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusanku.Terasa tidak mampu lagi aku untuk menanggung kesakitan ini.Namun,aku bersendirian.Tiada sesiapa yang mampu untuk bersamaku kala menghadapi ujian ini.Aku pasrah,Ya Allah.Andai ini yang telah Engkau takdirkan untukku,aku redha.Aku yakin,setiap apa yang Engkau aturkan,inilah yang terbaik untuk hidupku.

“Sesungguhnya engkau tidak akan bebankan hambamu dengan ujian yang tidak mampu hambanya pikul”.kata-kata inilah yang aku pegang sehingga kini.

Aku yakin,setiap apa yang berlaku ada hikmah yang tersembunyi.Seribu kenikmatan yang akan aku peroleh kemudian hari.Mungkin pada pandangan rakan-rakan,aku seorang yang kuat.Tapi,pandangan itu salah sama sekali.Ya,memang benar dimata mereka aku seorang yang kuat dan tabah,tetapi bila diuji dengan ujian yang sebegini,aku JATUH.Aku seolah-olah menjadi manusia yang sama sekali tidak kenal apa itu erti kehidupan,Namun,itu cuma sementara.Ketika fikiranku dibawah separuh sedar atau dalam erti kata yang lain mental down.

Bila diuji sebegini,barulah aku sedar.Kadangkala sebagai manusia kita sering alpa dan leka mengejar kehidupan duniawi sehingga terlupa bekalan akhirat.Mungkin,Allah sengaja turunkan bala ini untuk menjadikan diri kita sentiasa ingat kepadaNya.TanpaNya,mana mungkin kita mampu hidup di dunia ini.Ya,aku sentiasa berpesan pada diriku.Selagi aku masih berpijak dibumi ini,selagi aku masih menikmati rezeki Nya,aku adalah hamba yang kerdil dan hina.Dimana aku pergi,semakin jauh ku berlari,tidak mungkin aku akan terlepas dipandangan mataNya.Sesungguhnya,Dia yang Maha Mengetahui bagi setiap perkara

Ya Allah,Ya Rabbul Izzati,sesungguhnya hanya padaMu aku bersujud dan berserah.Andai ini yang telah engkau tulis di langitMu,aku redha.Engkau tetapkanlah iman ku,Ya Allah.
Ya Allah,andai aku lupa,Kau sedarkanlah aku.Tunjukkanlah aku dengan jalan SiratolmustaqimMu Ya Allah.
Ya Allah,jika aku mati,matikanlah aku dalam imanmu Ya Allah.Matikanlah aku dalam imanMu.Matikanlah aku dalam imanMU.
Amin,Ya Rabbal Alamin......

No comments:

Post a Comment

My Blog List

  • Best Road Wars in HD Format. Now you can see Road Wars in best quality with duration 90 Min and has been aired on 2015-05-05 with MPAA rating is 4. - ...
  • Hello Asslamualaikum , how did u find my blog ? Are u my old friends that ive told u bout this blog ? Or are u a person that Googling my name and foun...
  • Cinta tidak pernah meminta, ia sentiasa memberi, cinta membawa penderitaan, tetapi tidak pernah berdendam, tak pernah membalas dendam. Di mana ada cinta ...
  • lewat malam. minda masih segar. mata masih menunggu lelap yang tak kunjung tiba yang hadir cuma. -- wajah kamu. dan perasaan ini masih berharap harapan -...
  • Syarat-syarat @ Cara Penyertaan :- 1) Blogger yang menetap di Malaysia / mempunyai alamat di Malaysia 2) Buat Entry bertajuk *"IntaNBerliaN Mega Giveaway 2...
  • 24/11/2013 aku akan start semester 2 di UITM tercinta,UITM Tapah Allahuakbar , cepatnya masa berlalu . Pejam celik berlabuh sudah tirai pengajian aku di sem ...
  • assalamualaikum.. saya ada sebuah cerita nak diceritakan.. kisahnye begini.. pada suatu hari.. ada sebuah kenduri kendara yang sangat besar akan dilangsung...
  • Disebabkan sijil SPM tak diambil lagi kat sekolah, kami dapat berjumpa you! Kami dah lamaaaa lah tak jumpaaa. Baru tadi dapat jumpa most of the doormates la...
  • Kisah yg berlaku pd hari nie.... Ptg yg hning.... Pergi beRmAin BaDMinTon, best jgak la.... sronok2.... Aku dh dpat tknik smash yg ak cari2 selama nIE.......